some one like you

Khamis, 14 Mei 2020

Kayu gambir (Benarkah?)

Tahun 60an sebelum menggunakan dapur minyak tanah semua orang kampung menggunakan dapur tunku (?). Dapur tunku ada dua jenis. Ada yang jenis diletakkan dilantai dan satu lagi jenis atas dan bertiang. Setiap tunku mesti ada teropong (?) untuk digunakan sebagai alat penghembus supaya api mudah hidup. Bila mengguna dapur tunku mesti kena ada kayu api.
 Antara kayu api yang popular dikalangan orang kampung ialah kayu gambir. Tidak seperti kayu getah, kayu gmbir ini tahan berpuluh2 tahun. Contoh pasung dan kayu gambir yang ditunjukkan sudah berusia lebih 50 tahun. Ia tetap tahan dan tidak mereput. Bara kayu gambir pun lebih tahan dari kayu lain. Semasa saya kecil saya kerap mengikut mak mencari kayu api. Kadang2 pergi kekebun getah mencari pohon dan ranting kering yang gugur. Kayu getah akan dipotong pendek lalu diikat dan dijunjung dikepala untuk dibawa balik kerumah. Kayu yang besar dan panjang dipikul dibahu dan akan dipotong mengguna gergaji bila sampai dirumah. Biasanya orang kampung akan keluar beramai2 bila tiba masa untuk mengutip kayu gambir yang banyak terdapat di tanah lesen. Kayu gambir yang dikumpul biasanya masih hidup. Satu yang jadi kenangan saya ialah mak kalau memotong kayu api mesti mengguna kayu pengukur bagi mempastikan kayu yang dipotong sama panjang. Tidak heran bila kayu tersebut disusun di dalam pasung akan nampak kemas dan rapi.
Pada awal tahun 60an ada satu kawasan di tanah lesen akan dijadikan tempat menghantar makanan. Makanan berupa kambing, darah kambing, ayam putih dan beberapa hidangan lain akan diletakkan diatas para  yang dibuat dari buluh dan ditinggalkan dikawasan berkenaan. Ia menjadi acara tahunan kepada penduduk kampung. Itu dulu, zaman dah dah berubah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan