some one like you

Jumaat, 15 Mei 2020

Melukis komik tetapi tidak pernah diterbitkan

Tidak pasti kenapa tidak diterbitkan. Mungkin tiada komunikasi dengan syarikat pencetak. Menghantar surat tidak pernah mendapat jawapan. Menghubungi melalui telefon jauh sekali kerana kadar bayaran telefon yang tidak mampu dibayar. Cerita komik yang dilukis banyak berkisar tentang kepahlawanan (Bagak). Mungkin banyak terpengaruh dan terikut2 dengan komik cerita Tarzan yang disiarkan melalui akhbar utusan melayu/zaman ketika itu.  Menghantar komik2 yang telah siap dilukis dengan hanya berpandukan alamat syarikat pencetak yang dicetak pada komik2 pelukis lain yang pernah diterbitkan. Nak dikata hilang tidak mungkin kerana menghantar dengan mengguna pos berdaftar yang dilakukan di Wakil Pos Kedai Hj. Daud, Astana Raja. Mungkin juga tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Kerana minat, banyak modal dikeluarkan untuk bayaran pos berdaftar, pen, berus, kertas dan dakwat tapi hasilnya tidak pernah dapat dilihat. Beginilah nasib budak kampung, ada bakat tapi tak bawak kemana. Pernah mendapat tawaran kursus A&D di UITM Cawangan Sura Gate, Dungun (Dulu ITM), tetapi kerana dizaman itu semua perlu dilakukan sendiri, saya hilang keberanian ditambah suatu tempat yang begitu jauh bagi saya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan