some one like you
Jumaat, 15 Mei 2020
Berhimpit ke Kuala Lumpur
Sekitar tahun2 60an, kereta Angah Omar (Suami Angah Iyam, kakak arwah emak) adalah seperti gambar diatas, dikenali sebagai Austin Mini Countryman Estate, berwarna merah keluaran tahun 1964 dengan nombor pendaftaran AD 5363(?). Angah Iyam mempunyai anak angkat dipanggil Kak Esah. Mereka kerap juga balik kekampung Solok bagi menziarahi saudara mara. Memandangkan ada banyak ruang tempat duduk kereta yang kosong semasa mereka hendak balik ke KL, mereka akan mempelawa kami untuk ikut sama. Ketika itu Angah Omar bekerja sebagai juruteknik (?) di Ibu Pejabat Lembaga Letrik Negara (LLN) yang terletak di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur. Mereka tinggal menyewa di Kampung Haji Abdullah Hukum yang terletak diseberang jalan berhadapan pejabat LLN. Saya biasanya akan ditempatkan dibahagian belakang ruang barang kereta mereka berhimpit sekali dengan barang dan beg pakaian mereka. Memang tidak terfikir langsung tentang keselesaan. Apa yang penting kami dapat pergi ke Kuala Lumpur. Tidak berapa kemudian Angah Omar berpindah ke LLN di Tanjung Keling, Melaka. Disini kami sering juga dipelawa datang menginap dirumah mereka berupa sebuah kuarters jenis banglo terletak diatas sebuah bukit berhampiran dengan Pantai Tanjung Keling. Selepas Angah Omar meninggal dunia dan dikebumikan di Melaka, Angah Iyam berpindah ke Jalan Abu Samah, Hulu Klang (Rumah sewa milik Induk?). Disebelah rumah ini disewa oleh seorang pekerja bank yang memiliki kereta Honda Life iaitu kereta jenama Honda yang pertama diedarkan di Malaysia. Di alamat ini Angah Iyam membuka sebuah kedai runcit. Bila musim cuti sekolah, saya kadang2 akan datang menginap dirumah beliau sambil membantu Angah Iyam menguruskan perniagaanya. Setiap hari selepas subuh Angah Iyam dengan menaiki bas Len Seng (170) akan ke Pasar Besar Kuala Lumpur (Sekarang Central Market) untuk membeli barang2 jualan seperti ikan, sayur2an dan barang2 runcit yang lain untuk dijual dikedai runcitnya. Memesin kelapa, membersih kedai dan membantu menjual sayur2an dan ikan adalah tugas tetap saya di runcit Angah Iyam. Sekurang dapat juga menimba pengalaman menjual ikan, sayur dan barang2 runcit yang lain sehingga saya mampu menghafal harga timbangan kati setiap satu barang tersebut. Tidak berapa lama kemudian Angah Iyam menutup perniagaanya dan berpindah ke Lot 1164C, Jalan Haji Mokhtar, Hulu Klang lalu mendirikan sebuah rumah dialamat ini. Sekarang penempatan ini telah tiada lagi kerana proses pembangunan. Semua penduduk telah diarahkan berpindah kesuatu penempatan baru di kawasan Sungai Sering, Hulu Klang. Segalanya tinggal kenangan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan