Tak pasti kekerapan bapak beli barang keperluan. Sebulan dua(?) kali mungkin. Barang dibeli dikedai Ah Kow di pekan Kota. Antara barang dibeli ialah susu cap tekoh 6 tin, sabun sunlight 1 batang, serbuk teh, biskut lemak 1 tin, gula, tepung, jagung ayam, sabun lux dan bermacam2 lagi. Semua barang akan dimasukkan dalam guni putih dan diikat. Memang penuh satu guni tersebut. Sampai dirumah kami sama2 membuka guni tersebut. Yang seronok bila hari raya menjelang bapak akan membeli beranika mercun dan bunga api. Memang banyak. Malam raya akan ada "takbir" dari rumah kerumah. Mercun dan bunga api tersebut akan dibakar bila tetamu sampai untuk bertakbir. Meriah sekali.
Susu tea pot dulu2 gambar tea pot kecil sahaja dengan background berwarna putih
Sebungkus sabun sunlight mengandungi 5/6 buku (?). Bila hendak diguna kena potong guna pisau/parang
Sekali beli enam buku
Dipanggil biskut lemak. Dulu2 tin dia tidak ada cermin. Cicah teh susu waktu petang. Kadang2 ada urusniaga. Sepuluh sen sepuluh keping
Tiada ulasan:
Catat Ulasan